'semi-bucket seat' ialah kerusi jenis separa perlumbaan. kerusi jenis ini masih boleh diubah kedudukannya. kebanyakkan kenderaan prestasi tinggi menggunakan kerusi jenis ini. kerusi ini memberikan pegangan badan yang lebih baik dri kerusi asal. pemandu akan lebih yakin untuk memecut kenderaan bila tempat duduk dapat memegang dengan baik. sesetengah orang lebih gemar menggunakan kerusi jenis ini kerana ia lebih nampak sporty berbanding kerusi asal. harganya lebih mahal berbanding yg asal.
'full bucket seat' ataupun racing seat ialah kerusi jenis perlumbaan yang hanya digunakan sepenuhnya untuk perlumbaan. kerusi jenis ini tidak boleh dilaras kerana kerusi ini hanya sesuai untuk seorang pemandu. kerusi jenis ini dibuat mengikut bentuk badan pemandu kereta itu. kerusi ini tidak sesuai untuk digunakan dalam kenderaan harian. harga untuk kerusi jenis ini lebih mahal kerana ia perlu mengikut saiz pemandu.
No comments:
Post a Comment